10:31 AM

Asma

 Asma
Asma atau lelah, semput, penat ialah keadaan sesak nafas akibat dari terlalu banyak cecair / lendir jernih di dalam salur pernafasan. Lendir ini akan menyebabkan oksigen tidak dapat masuk ke dalam paru-paru dengan sempurna , saluran pernafasan yang menyempit akan mengeluarkan bunyi siulan yang tidak menyenangkan terutama pada waktu malam.

Punca
Salah satu punca adalah banyaknya cecair dan lendir yang berada di dalam saluran pernafasan ini adalah di sebabkan oleh perubahan cuaca, asap dan bau di persekitaran. Perubahan cuaca tidak dapat diatasi. Tetapi pesakit asma boleh mengelak daripada terkena angin dari kipas angin dan air con.

Serangan Angkut
Serangan angkut adalah gejala yang menyerang secara tiba-tiba dan boleh membawa maut seandainya tidak mendapat rawatan yang segera.

1. Tanda-tanda
-Gangguan tidur.
-Tidak berkesan apabila diambil ubat.
-Tidak dapat melakukan aktiviti harian.
-Kekurangan aliran puncak (bacaan peak ‘flow meter’).
2. Tahap bahaya
-Tak boleh bercakap secara berterusan .
-Tak dapat baring.
-Bibir dan kuku kelihatan biru gelap.

3. Rawatan
-Pengambilan ubat secara berterusan dengan betul.
-Elakkan dari faktur alahan .

4. Tujuan Ubat
-Rawatan semasa serangan.
-Rawatan pencegahan.

Alternatif
-Banyakkan minum air panas supaya lender yang berada pada saluran pernafasan akan cair dan terus keluar sebagai kahak. Sedut inhaler lama-lama agar lendir membeku dan terbatuk keluar.
-Wap air panas yang bercampur dengan krim Vick ke hidung.
-Duduk di tepi tingkap dan dapatkan udara yang segar dan bersih,
-Jangan banyak bercakap. Fikiran hendaklah sentiasa tenang kerana jika risau, lendir akan semakin banyak.

Elakkan
-Elakkan dari memelihara binatang yang berbulu. Ini kerana pengidap asma cukup sensitif kepada bulu binatang. Najis kucing amat busuk dan hidung pesakit sensitif kepada sebarang bau. Bau ini akan menyebabkan saluran nafas tersumbat.
-Digalakkan bersenam / joging secara terkawal tetapi jangan berlebihan. Pastikan baju dan pakaian bersenam yang bersih.
-Tanda-tanda asma dimulai dengan selesema dan boleh datang bila-bila masa sahaja terutama waktu senja.
-Jangan mandi terlalu lama dan elakkan mandi sesuka hati. Sebaliknya basahkan kaki terlebih dahulu dan lap-lap sahaja di bahagian kepala , muka dan tengkuk. Suhu sejuk di bilik air akan mengundang asma jika terlalu lama berada di dalam air. Mandi dengan air suam adalah lebih lebih baik.
-Bilik tidur mestilah menpunyai pengudaraan yang baik dan bersih. Pastikan ada tingkap , katil tepi tingkap dan pengidap hendaklah berada berhampiran dengan tingkap supaya dapat menyedut udara bersih.
-Habuk, asap, jerebu , bau dan seumpama mesti dielakkan .

PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda.Bahan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan kepada anda. Sekiranya anda menyedari simptom kesihatan atau jatuh sakit, anda perlu menghubungi doktor bagi rawatan lanjut.