5:50 PM

Kata Aluan

Pengenalan

Ubat Tradisional Dan Komplimentari
Pengenalan
  • Ubat Tradisional dan Komplementari dipraktiskan bersama, selain daripada amalan perubatan atau pembedahan, oleh pengamal perubatan berdaftar seperti yang ditakrifkan dalam Akta Perubatan 1971.
  • Dibawah peraturan Kawalan Ubat dan Kosmetik, “ubat tradisional” bermakna sesuatu produk yang digunakan dalam amalan “ubat indigenus” , dimana ubat tersebut mengandungi satu atau lebih bahan semula jadi dalam tumbuhan, haiwan atau bahan galian dalam bentuk bahan mentah atau diekstraks secara kasar; dan perubatan homeopati.
  • Pengubatan Alternatif dan Komplementari (CAM) adalah satu amalan penjagaan kesihatan yang amat luas, yang bukannya sebahagian daripada amalan perubatan moden. Ia termasuk semua amalan dan idea tersendiri pengamalnya sebagai langkah mencegah atau merawat penyakit atau meningkatkan kesihatan dan keadaan diri.

Mengenai Ubat Tradisional Dan Komplimentari
  • Ubat ubatan komplementari adalah satu terma yang boleh digunapakai dan ditukarganti dengan ubat-ubatan alternatif.
  • Menggunakan banyak bahan semulajadi sebagai ubat (cth: pokok, herba, haiwan dan bahan galian asas untuk ubat-ubatan).
  • Boleh bersangkutpaut dengan penggunaan rawatan spiritual, teknik manual dan senaman.
  • TCM adalah dianggap tidak mahal berbanding dengan perubatan moden tetapi jumlah wang yang dibelanjakan oleh pesakit kadangkalanya tinggi.
  • TCM adalah diterima secara meluas terutamanya di kawasan luar Bandar (kerana kaitannya dengan budaya dan kepercayaan).
  • Jenis Ubat tradisional yang terdapat di Malaysia:


    • Ubat Tradisional Melayu
    • Ubat Tradisional Cina
    • Ubat Tradisional India
    • Ubat Tradisional Iban
Keperluan Pendaftaran Untuk Ubat Tradisional
  • Semua ubat ubatan tradisional di Malaysia perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.
  • Pendaftaran ubat tradisional adalah untuk memastikan ianya adalah selamat dan berkualiti.
  • Pengkelasan ubat tradisional:


    • Produk dalam bentuk pil, tablet, kapsul dan sebagainya yang mengandungi bahan semulajadi daripada tumbuhan, mineral atau sumber haiwan dalam bentuk bentuk asalnya atau bentuk ekstrak secara kasar.
    • Ubat tradisional untuk kegunaan luar yang mengandungi campuran kapur barus, menthol, dan /atau minyak esensial.
    • Produk kesihatan dan pemakanan yang mengandungi bahan semulajadi tumbuhan atau sumber haiwan dalam bentuk asal atau bentuk ekstrak secara kasar.
    • Produk Kosmetik yang mengandungi bahan herba yang digunakan sebagai rawatan.
    • Minuman keras bagi tujuan perubatan, yang mengandungi bahan ubat tradisional.
    • Teh ubatan herba.
    • Sediaan anti-bintik hitam dan anti-kelemumur, serta plaster yang mengandungi bahan aktif herba.
Panduan Menggunakan Ubat Tradisional (Termasuk Suplemen Herba)
  • Ubat tradisional/herba boleh bertindak dengan cara yang sama sebagaimana ubat moden. Oleh itu ianya juga boleh mendatangkan kesan mudarat jika diambil berlebihan atau secara tidak betul.
  • Walaupun ianya dilabelkan sebagai bahan semulajadi, ini tidak bermakna ianya selamat dan tidak memberikan kesan berbahaya. Sebagai contoh Kava telah dikaitkan dengan kerosakan hati yang teruk.
  • Wanita yang hamil atau menyusukan anak perlu lebih berhati-hati terhadap penggunaan suplemen herba. Begitu juga kanak-kanak yang diberi suplemen herba.
  • Sekiranya anda sedang menggunakan suplemen herba, sila maklumkan pada doktor atau ahli farmasi, kerana suplemen herba boleh berinteraksi dengan ubat moden dan menyebabkan kesan yang memudaratkan.
Beberapa Sumber Bahan Semula Jadi Yang Terdapat Dalam Ubat Tradisional Di Malaysia
  • Tongkat Ali (Eurycoma longifolia)
  • Hempedu Bumi (Andrographis Paniculata)
  • Cotet Emas :
    digunakan untuk kesihatan wanita, terutamanya selepas bersalin
  • Misai Kucing (Orthosiphonis spp):
    untuk sakit sendi
  • Bunga Raya (Hibiscus spp)
    (akar- untuk rawatan demam dan lain lain,
    jus dari akar dan daun untuk masalah kulit,
    bunga untuk kosmetik)
  • Mengkudu (Morinda citrifolia):
    hilangkan rasa sakit, untuk perut kurang hadam
  • Dukung Anak
  • Gamat (Stichopus variegatus)
(Rujukan - Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia) 
Ehsan: UbatTradisional.com



GARIS PANDUAN BERSAMA KAWALAN UBAT-UBATAN DALAM ISLAM

(Negara-negara anggota MABIMS iaitu

Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia,

Malaysia dan Singapura)

KANDUNGAN

1. Pendahuluan
2. Definasi Hukum Syarak dan Ubat yang Halal
3. Penutup

Pendahuluan

1. 1. Islam sangat mementingkan kebaikan dan kesihatan. Dalam aspek kesihatan orang-orang Islam disuruh supaya menjaga tubuh badan agar sentiasa berada dalam keadaan sihat, di samping itu Islam menyuruh umatnya berikhtiar mengubat apabila dijangkiti sesuatu penyakit. Terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan dan mengubati penyakit. Antaranya seperti berikut:

(a) Surah AI-Isra' ayat 82 - bermaksud:

'Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat, penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepada-Nya.'

(b) Hadis Rasulullah s.a.w. dari Jabir R.A.:

'Katanya sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: 'Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah'.

Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad.

(c) Hadis Rasulullah s.a.w. lagi daripada Usamah bin Syarik katanya;

'Seorang Arab Badawi bertanya Rasuluilah s.a.w. (apabila beliau dihinggapi penyakit),
wahai Rasulullah s.a.w. adakah perlu kami berubat, kata Rasulullah, 'Ya', ; Wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat; maka sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan ada penawarnya'

Hadis Riwayat At-Tirmizi (H. Hassan, Sahih)

1.2. Dalam konteks pengubatan, orang-orang Islam harus memahami prinsip-prinsip berikut iaitu:

(a) Kuasa penyembuh bagi sesuatu penyakit itu adalah kekuasaan Allah.

(b) Manusia hanya dikehendaki berikhtiar dalam mengubati sesuatu penyakit.

(c) Cara-cara dalam mengubati sesuatu penyakit itu mesti tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh Islam. Seperti penggunaan ilmu hitam, atau lain cara yang ditegah oleh Allah.

(d) Bahan-bahan ubatan yang digunakan mestilah sesuai dengan Islam. Seperti suci dan tidak dari najis/bernajis. Kecuali dalam keadaan terpaksa.

(e) Menjaga diri dari terkena penyakit lebih baik dari mengubat.

'Prevention is better than cure'.

1.3. Kefahaman dan penghayatan tentang halal dan haram dalam aspek pengubatan sangat penting dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Oleh itu buku garis panduan ini disediakan untuk memberi kefahaman dan penjelasan kepada pengusaha dan orang awam mengenai aspek ubat-ubatan mengikut hukum syarak. Buku garis panduan in; meliputi perkara-perkara berikut:

(a) Pendahuluan

(b) Definisi Hukum Syarak

(c) Definisi ubat

(d) Definisi ubat yang halal

(e) Sumber ubat.

- Sumber manusia
- Sumber haiwan darat dan air
- Sumber tumbuh-tumbuhan dan mikro-organisma
- Sumber tanah dan air
- Sumber sintatik

(f) Sumber eksipien.

(g) Penjelasan mengenai pengecualian dalam penggunaan ubat-ubatan.

(h) Aspek kebersihan dalam penyediaan dan pengendalian ubat.

(i) Aspek-aspek lain dalam penyediaan dan pengendalian ubat

(j) Penutup.

2. Definasi Hukum Syarak dan Ubat yang Halal

2. 1. Hukum Syarak

2.1.1. Hukum syarak ertinya undang-undang (hukum) Ubat yang Islam yang bersumberkan AI-Quran, Hadis, Halal ljma dan Qiyas dengan berpandukan Mazhab Syafei atau undang-undang dalam mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki atau Hambali yang telah diterima pakai oleh negara-negara di mana Buku Garis Panduan ini digunakan. Mana-mana sahaja bahan ubat-ubatan yang ada disebut menurut salah satu sumber di atas samada ia Halal atau Haram, maka ia menjadi hukum syarak atau undang-undang Islam.

2.2. Definisi Ubat

2.2.1. Ubat adalah bahan yang digunakan untuk perubatan bagi mengesan (diagnosis), meringankan, merawat, menyembuh atau mencegah penyakit pada manusia serta meningkatkan taraf kesihatannya.

2.2.2. Ubat boleh digunakan dengan berbagai cara dan bentuk. Ubat bukan saja boleh dimakan atau diminum seperti lazimnya, tetapi boleh digunakan dengan berbagai cara seperti melalui dubur (supositori), faraj (pesari), suntikan, ditanam di bawah kulit, disapu/dioleskan dan sebagainya.

2.2.3. Pada umumnya semua ubat mempunyai risiko apabila digunakan. Namun begitu mengikut penilaian saints risikonya adalah dianggap sedikit berbanding dengan munafaat yang dapat diperolehi dari segi kesihatan. Salah gunaan ubat timbul apabila ubat tersebut digunakan untuk tujuan selain daripada tujuan perubatan yang dinyatakan di atas dan menyebabkan risiko ubat menjadi lebih tinggi daripada kesan kebaikannya.

2.3. Definisi Ubat Yang Halal

2.3.1. Ubat-ubatan yang halal (atau perkataan yang semakna dengannya) bukan sahaja mesti
menepati definisi ubat seperti yang telah diterangkan tetapi sebagai tambahan mesti menepati ciri-ciri berikut:

(a) Bukanlah terdiri dari atau mengandung bahan dari haiwan yang orang Islam dilarang oleh hukum syarak menggunakannya atau memakannya ataupun tidak disembelih mengikut hukum syarak.

(b) Tidaklah mengandung bahan yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.

(C) Tidak disedia, diproses, dikilang atau di simpan dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari bahan-bahan najis mengikut hukum syarak.

(d) Tidaklah, apabila menyedia, memproses, mengilang atau menyimpannya itu, bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa bahan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) ataupun apa-apa bahan yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.

(e) Tidaklah, apabila digunakan dengan sengaja, boleh mendatang kesan-kesan yang boleh
membahayakan.

2.3.2. Definisi ini boleh diperluaskan kepada manamana definisi yang difikirkan perlu dan sesuai dengan kepentingan negara masing-masing.

2.4. Sumber Ubat

2.4.1. Pada umumnya sumber ubat boleh dibahagikan kepada beberapa kelompok, ialtu sumber manusia, sumber haiwan, sumber tumbuhan, sumber tanah dan air. Sumber-sumber ini sering digunakan untuk menghasilkan bahan-bahan yang boleh dimunafaatkan sebagai ubat. Namun begitu meialui teknologi moden pada masa ini, kebanyakan ubat menggunakan bahan sintatik.

2.4.2. Pada dasarnya untuk sesuatu ubat itu dikelaskan sebagai ubat yang haial, bukan sahaja sumber-sumber yang digunakan sebagai bahan ubat mestilah halal seperti yang diterangkan di bawah, malah bahan-bahan itu sendiri mesti suci dari najis mengikut hukum syarak serta digunakan untuk tujuan perubatan yang sah.

(a) Sumber Manusia

(i) Sumber ubat dari manusia adalah haram digunakan, kecuali dalam keadaan perlu dan tidak ada pilihan.

(ii) Sama seperti perkara 2.4.2. 1. 1 di atas, bahan-bahan ubat yang terbit dari sumber manusia selalunya melibatkan zat-zat tertentu seperti hormon, serum, imunoglobulin dan sebagainya yang diambil dari tubuh manusia.

(b) Sumber Haiwan Darat dan Air

(i) Semua haiwan darat dan air yang haial dimakan dapat dijadikan bahan ubat.

(ii) Sumber ubat dari haiwan darat dan air yang haram dimakan adalah najis kecuali dalam keadaan perlu dan tidak ada pilihan.

(c) Sumber Tumbuh-Tumbuhan Dan Mikro-organisma

(i) Sumber tumbuh-tumbuhan dan mikro-organisma di darat dan di air, hasilnya adalah halal
digunakan, kecuali yang beracun dan berbahaya.

(d) Sumber Tanah Dan Air

(i) Semua sumber tanah dan air dan hasilnya (termasuk bahan-bahan galian) adalah halal digunakan kecuali yang beracun dan berbahaya.

(e) Sumber Sintatik

(i) Terbitan Sintatik

Bahan ubat yang dihasil-kan cara sintatik adalah halal kecuali yang beracun, berbahaya dan
bercampur dengan bal-ian-bahan yang najis.

2.5. Sumber Eksipien

2.5.1. Eksipien adalah bahan tambahan yang diguna untuk memproses sesuatu bentuk/jenis ubat, contohnya kanji, kulit kapsul, pelarut, gula, pewarna, perasa, pengawet dan lain-lain.

2.5.2. Bahan-bahan eksipien adalah halal jika tidak mengandung bahan-bahan yang najis, haram, beracun dan berbahaya.

2.5.3. Tidak ada pengecualian dalam penggunaan bahan-bahan eksipien tersebut.

2.6. Penjelasan Mengenai Pengecuallan Dalam Penggunan Ubat-Ubatan

2.6.1. Bahan-bahan yang haram dan najis adalah dilarang digunakan sebagai ubat. Walau
bagaimanapun dalam keadaan tertentu, di mana tidak ada bahan yang boleh dijadikan ubat bagi mengubati sesuatu penyakit, orang Islam diharuskan mengambil bahan-bahan yang haram untuk pengubatan. Pengecualian dalam hal ini berpandukan kepada nas-nas seperti
berikut:

(a) Surah al-Baqarah ayat 172 - 173- bermaksud:

'Hai orang yang beriman, makanlah barang yang baik-baik dari apa yang diberikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. Sesungguh-nya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melampaui batas, maka tidaklah berdosa baginya (memakan/mengguna benda-benda yang haram) kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Mengasihani'.

(b) Surah al-Anaam ayat 145 yang bermaksud:

'.......... Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana dharurat) sedang ia tidak
mengingininya dan tidak melampaui batas, sesungguhnya Tuhanmu amat pengampun, lagi amat mengasihani'.

(c) Surah al-Baqarah ayat 195- bermaksud:

'Jangan kamu mencampak diri kamu kepada kebinasaan'.

(d) Surah al-Maidah ayat 3- bermaksud:

'Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan diharamkan juga) kamu menengok nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah takut dan gentar kepadaku. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjodi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani'.

(e) Kaedah dalam Islam berbunyi:

'Keadaan terpaksa (dharurat) mengharuskan perkara-perkara yang ditegah.'

2.6.2. Pengecualian dalam penggunaan bahan-bahan haram sebagai ubat, hendaklah menepati syarat-syarat seperti berikut:

(a) Tidak terdapat atau sukar mendapatkan bahan yang halal untuk mengubati penyakit yang
berkaitan.

(b) Penggunaan bahan berkenaan hendaklah di bawah arahan dan nasihat doktor.

(c) Pengambilan ubat dari bahan yang haram hendaklah sekadar yang diperlukan sahaja.

2.7. Aspek Kebersihan Dalam Penyediaan Dan Pengendalian Ubat

2.7.1. Kebersihan amatlah dititikberatkan oleh Islam dan ianya meliputi aspek-aspek kebersihan diri, pakaian, peralatan, premis proses ubat. Tujuannya ialah untuk menjamin bahawa ubat yang dihasilkan adalah tidak berbahaya.

2.7.2. Kebersihan boleh diertikan sebagai bebas dari najis, kotoran dan kuman-kuman yang
membawa penyakit. Antara beberapa aspek yang ditekankan adalah seperti berikut:

(a) Premis Pengilangan

(i) Premis untuk mengilang ubat mestilah mempunyai rekabentuk dan binaan yang mempunyai ciri-ciri mudah dibersih dan diselenggarakan, dan tidak akan berlaku campuraduk di antara satu keluaran dengan keluaran yang lain. Ianya hendaklah mem-punyai pemisahan yang jelas diantara kawasan penge-luaran (bersih) dan kawasan di luarnya.

(ii) Mempunyai kawasan mencuci dan membasuh (termasuk tandas) yang cukup untuk pekerja. lanya perlulah dibina di kawasan yang sesuai di luar kawasan pengeluaran, dan mempunyai sistem pengedaran udara yang berkesan.

(iii) Bilik menukar pakaian perlu ada, dan dilengkapi dengan loker. Bilik menukar pakaian
hendaklah bersambung terus dengan kawasan pengeluaran.

(iv) Tidak dibenarkan menyedia, makan dan minum atau menyimpan makanan dan minuman di dalam kawasan pengeluaran. Aktiviti-aktiviti ini hendaklah dihadkan di dalam kawasan tertentu seperti kantin atau bilik khas di luar kawasan pengeluaran. Kebersihan kawasan ini juga perlu dijaga setiap masa.

(v) Bahan buangan atau lebihan hendaklah dipungut dan dimasukkan ke dalam bakul sampah
bertutup yang sesuai dan dibuang di tempat buangan yang disediakan di luar bangunan atau
sebagainya. Pembuangan dan pemusnahannya hendaklah mengikut cara yang betul.

(vi) Kawasan pengeluaran hendaklah bebas dari makhluk-makhluk perosak seperti tikus, serangga dan lain-lain yang boleh menjejaskan keluaran. Racun serangga, racun tikus, agen fumigasi dan bahan pencuci sekiranya digunakan, hendaklah dipastikan tidak mencemar peralatan pengeluaran, bahan mentah, keluaran siap dan separuh siap serta peralatan lain yang digunakan dalam pengeluaran.

(vii) Kebersihan kilang mesti sentiasa dipastikan terutamanya dari pencemaran sisa lebihan keluaran yang telah dibuat sebelumnya. Selepas setiap pengeluaran, semua mesin, peralatan dan bilik yang digunakan hendaklah dicuci/dibersihkan sebelum memulakan pengeluaran yang seterusnya.

(viii) Perlu diadakan arahan dan jadual bertulis bagi tatacara pembersihan dan pencucian untuk kawasan pengeluaran, peralatan dan lain-lain.

(b) Peralatan

(i) Semua peralatan yang digunakan hendaklah dicuci di luar dan dalam mengikut prosedur yang ditetapkan. Peralatan yang telah bersih hendaklah disimpan ditempat bersih.

(ii) Sebelum mengguna peralatan tersebut untuk pengilangan seterusnya, pastikan sekaii lagi, ianya adalah bersih dan tiada lebihan keluaran yang sebelumnya.

(iii) Penyucian alat-alat tersebut hendaklah dengan menggunakan air bersih.

(c) Pekerja-Pekerja

(i) Semua pekerja perlu diperiksa kesihatannya sebelum diambil bekerja dan setelah bekerja.

(ii) Semua pekerja hendaklah mengamalkan penjagaan kesihatan dan kebersihan diri yang baik, terutamanya bagi mereka yang bekerja sebagai operator pengeluaran.

(iii) Pekerja yang kurang sihat atau mempunyai kecederaan atau luka terbuka yang boleh
menjejaskan kualiti sesuatu keluaran, pekerja berkenaan tidak dibenarkan bekeria sehingga pulih.

(iv) Sentuhan secara terus (direct contact) di antara tangan pekerja dengan bahan mentah, keluaran separuh siap, atau keluaran pukal hendaklah dihindarkan.

(v) Pekerja perlu membasuh tangan dengan bersih setelah menukar pakaian dan kasut kilang di bilik menukar pakaian sebelum memasuki kawasan pengeluaran. Maklumat bertulis perlu diletakkan di kawasan ini.

(vi) Merokok, makan, minum atau menyimpan makanan, minuman, rokok, ubat dan lain-lain
hendaklah dilakukan di kawasan yang dikhaskan dan tidak dibenarkan di kawasan pengeluaran, makmal atau mana tempat yang boleh menjejaskan kualiti keluaran.

(vii) Mengikut prosedur penjagaan kesihatan dan kebersihan diri semua orang (termasuk pekerja tetap, pekerja sementara, kakitangan pengurusan, pelawat dan lain-lain) yang hendak masuk ke dalam kawasan pengeluaran mestilah memakai pakaian khas untuk kilang.

2. 8. Aspek-Aspek Lain Dalam Penyediaan Dan Pengendalian Ubat

2.8.1. Dalam penyediaan dan pengendalian ubat, perkara-perkara berikut perlu dipatuhi:

(a) Mesti mengandung kuantiti bahan ubat dalam jumlah yang tepat.

(b) Tidak dibenar menganding bahan logam beracun.

(c) Tidak mengandung bahan-bahan yang tidak dinyatakan dalam formulasi.

(d) Tidak mengguna bahan yang tidak bermutu.

(e) Ubat berkenaan seharusnya dibuktikan keberkesanannya.

3. Penutup

Dari buku Garis Panduan ini diharapkan dapat memberikan kefahaman mengenai ubat-ubatan yang dijamin baik, bersih dan suci menurut pandangan Islam.
Tarikh : 13 September 2005
[Ruzita Binti Mokhtar]
Editor : PRO JAKIM [Najibah binti Abdul Mutalib]
Hits : 11472