10:26 PM

Mengenai Produk

Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang
hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI) !!!
Dr. John J. Kabara, Professor Emeritus, Michigan State University and Consultant to Private
Industries, Universities and Government Agencies, Galena, Illinois, USA
http://www.coconutoil.com/John%20Kabara.pdf

"Minyak Kelapa Dara adalah Minyak Paling Menyihatkan di dunia"
Dr. Bruce Fife, Doktor Naturopati – USA

"Minyak Kelapa Dara mempunyai sifat-sifat anti-virus, anti-bakteria, anti-kulat dan anti-parasit
semulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit"
Dr. John J. Kabara, Professor Emeritus, Michigan State University and Consultant to Private
Industries, Universities and Government Agencies, Galena, Illinois, USA.

"Minyak Kelapa Dara adalah makanan berfungsi yang memberi pelbagai khasiat kesihatan"
Dr. Mary Enig, Universiti Maryland USA


Minyak Kelapa Dara adalah 100% Organik, diakui oleh Doktor di seluruh dunia tentang kehebatannya, bersifat anti virus & anti bakteria, boleh merencatkan virus HIV, tiada kolestrol, tidak menyebabkan kegemukan, menurunkan darah tinggi & kencing manis, tiada kesan sampingan, Diakui di seluruh DUNIA sebagai makanan berfungsi pada abad ke 21

Fakta : Minyak Kelapa Dara telah mendapat pengakuan FDA di Amerika Syarikat dan dimasukkan didalam daftar GRAS (Generally Regarded As Safe) dan disahkan selamat untuk dimakan.

Kehebatan Minyak Kelapa Dara
Dipetik dari : MINGGUAN MALAYSIA , Ahad 1 Ogos 2004, (Ruangan Kesihatan) ms. 28.

Mengapa Minyak Kelapa Dara minyak paling sihat dalam dunia?

Minyak Kelapa Dara adalah 100% minyak lemak tepu (saturated oil). Walaupun ia minyak lemak tepu, namun jenis lemak tepu dalamnya adalah jenis yang mudah larut dalam badan. Lemak tepunya adalah terdiri dari asid lelemak berikut yang amat bermanafaat untuk kesihatan badan: 50% asid laurik dan antara 6-7% asid capric. Asid Lauric dan asid capric adalah jenis lelemak asid yang tergolong dalam lelemak asid yang dipanggil 'medium-chain fatty acids (MTFA)' atau lelemak asid berantai sederhana. MTFA yang terkandung dalam minyak kelapa dara mudah diserap oleh badan untuk tenaga dan amat jarang menjadi lemak dalam badan atau dalam saluran darah bila tidak diproses oleh badan. MTFA mengeluarkan tenaga, bukan lemak. Ia tidak meninggalkan kesan negatif dalam bentuk kolesterol dan membantu mengelak sakit jantung (Bruce Fife, C.N.,N.D., The Coconut Oil Miracle)


SUNGGUHPUN kita telah disajikan dengan fakta bahawa minyak kelapa berbahaya untuk kesihatan selama hampir 30 tahun, kita tidak pula diberitahu bahawa kajian tentang kesan sebenar kelapa telah dimulakan lebih 70 tahun dahulu.
Bermula dari awal tahun 1930, Dr. Weston A. Price, seorang penyelidik, pakar pemakanan yang juga merupakan seorang doktor gigi dari Cleverland, Ohio mendapati penduduk di Kepulauan Pasifik mempunyai tahap kesihatan fizikal dan gigi yang menakjubkan. Dipercayai ia disebabkan corak pemakanan harian berasaskan kelapa. Mereka juga mempunyai rambut serta kulit yang cantik walaupun banyak terdedah kepada sinaran ultraviolet matahari.
Penyelidikan Wabak Penyakit di Hospital Wellington, New Zealand telah melakukan penyelidikan di dua buah pulau iaitu Puka Puka dan Tokelau di Lautan Pasifik Selatan. Dr. Ian merumuskan, penduduk setempat banyak memakan kelapa sebagai diet harian. Hasilnya, paras kolesterol rendah, kesihatan fizikal amat baik dan tiada penyakit kronik seperti jantung atau kanser.
Pada tahun 1966, suatu penemuan besar telah dirumuskan oleh Profesor Dr. Jon J. Kabara, eorang penyelidik dan pakar farmakologi di Universiti Michigan . Beliau mendapati, minyak kelapa dara yang terdapat dalam santan kelapa sebenarnya sejenis antivirus, bakteria, kulat dan parasit semula jadi yang kuat.
Maka terjawablah kemusykilan Dr. Weston A. Price dan Dr. Ian A. Prior selama ini, mengapa penduduk di Kepulauan Pasifik begitu sihat. Penemuan besar oleh Dr. Jon J. Kabara ini sebenarnya berupaya merubah senario industri kesihatan dunia.
Dalam tahun 1980-an, Dr. Raymond Peat, seorang profesor fisiologi dari Universiti Oregon melaporkan, minyak kelapa dara dalam hampas kelapa berupaya menurunkan berat badan.
Fakta ini menyangkal pandangan yang mengatakan minyak kelapa menambah berat badan. Pada tahun 1990- an, Dr. Mary G. Enig, seorang pakar lemak, pemakanan dan seorang ahli biokimia dari Universiti Maryland merumuskan, minyak kelapa dara adalah makanan yang memberi pelbagai khasiat kesihatan.


MINYAK KELAPA DARA seribu guna menyimpan seribu rahsia.
Dipetik dari : majalah Mingguan Wanita.